Pages

Alopesia

Pengenalan | Jenis | Sebab-sebab

Maksud

Alopesia adalah keadaan botak atau rambut yang mudah gugur.

Jenis

Alopesia boleh dibahagikan kepada dia jenis iaitu alopesia berparut dan tidak berparut.


Sebab-sebab

Alopesia tidak berparut boleh disebabkan oleh penyakit kulit, penyakit endokrin, penyakit psikiatri, dan ubat-ubatan.
Penyakit endokrin yang boleh menyebabkan alopesia tak berparit termasuklah alopesia berandrogenik dan hipopituitarism.
Antara penyakit kulit pula yang menyebabkan alopesia jenis ini termasuklah prosiasis, erithroderma dan alopesia areata.
Ganguan emosi juga boleh menyebabkan alopesia.
Ubat-ubatan yang diketajui boleh menyebabkan alopesia termasuklah citotoksik, warfarin, retinoid atau vitamin A, pil pencegah kehamilan, karbimazol, valproat, allopurinol dan colchicine.
Selain dari sebab-sebab di atas, sebab-sebab lain alopesia adalah anaemia kekurangan besi, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser, pembedahan besar dan keadaan kelaparan.

Alopesia berparut antara lainnya disebabkan oleh jangkitan dan penyakit kulit. Jangkitan kulit yang diketahui boleh menyebabkan alopesia berparut adalah yang disebebkan oleh tinea capitis, staphilokokus follikulitis, lupus vulgaris, tuberkulosis, virus herpes simplex dan virus varisella zoster.
Penyakit kulit utama yang menyebabkan alopesia jenis ini termasuklah karsinoma sel basal.
Sebab-sebab alopesia berparut lain adalah radioterapi, sarkoid, lupus eritematosus sistemik, skleroderma dan kanser.

Pengenalan | Jenis | Sebab-sebab

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular