Pages

Anaema Bagi Dewasa

Apakah Anaemia?

Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.


 
Penyebab anemia
  1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
    • Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
    • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  2. Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. ini mungkin disebabkan oleh:
    • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
      • Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
      • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
    • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
    • Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
    • Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
    • Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
  3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :
    • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
    • Talasemia.

Simptom dan gejala
Ramai dewasa menghidapi anaemia tanpa disedari. Simptom termasuk :
  • Keletihan setiap masa.
  • Pening.
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
  • Kulit pucat.
  • Kadar denyutan jantung yang cepat.
  • Kurang daya ingatan.

Komplikasi
Anaemia yang teruk boleh menyebabkan :
  • Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan.

Rawatan

Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda. Rawatan bergantung kepada jenis anaemia yang dihadapi :
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil suplemen zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.
Tip lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
  • Adalah disyorkan agar pil suplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.

Jadual 1 : Kandungan zat besi dalam makanan
Makanan
Saiz Hidangan
Zat besi (mg
Hati, Ayam 105g
12.8
Paha ayam 125g
1.0
Daging lembu tanpa lemak 268g
5.9
Hati, Lembu 124g
11.1
Tuna 90g
1.1
Kerang 86g (10 biji kerang)
2.0
Paru 92g
7.7
Bijiran yang diperkaya dengan 100% zat besi (coco crunches, cornflakes) ¾ cawan
18
Oatmeal 1 cawan
10
Tauhu 1/2 cawan
3.4
Kacang tanah 1 cawan
6.6
Bayam ½ cawan
3.2
Kismis ½ cawan
1.5
Roti 1 keping
0.9
Nasi 1 cawan
0.3
Rujukan: Malaysian Dietary Guidelines 2005

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular