Pages

Alahan Hidung

Alahan hidung ialah tindakbalas berlebihan pada sistem keimunan (sistem pertahanan badan yang melindungi badan anda daripada benda asing) terdapat allergen. Allergen adalah apa-apa bahan yang dapat menghasilkan tindakbalas alergi/alahan.

Jenis-jenis 'allergen':
  • 'aeroallergen' (udara): debunga, bulu binatang, kulat dan hama
  • 'allergen' makanan


Tanda dan Gejala
  1. Bersin yang berulang-ulang terutama ketika bangun waktu pagi
  2. Hidung berair (cair dan jernih)
  3. Sumbatan hidung.
  4. Cecair yang mengalir ke belakang hidung dan turun ke kerongkong serta menyebabkan batuk.
  5. Kegatalan hidung, mata, telinga dan kerongkong
Anda mungkin mempunyai banyak gejala-gejala atau satu sahaja. Gejala-gejala boleh berlaku secepat 5 minit selepas anda terdedah kepada 'allergen', atau lebih lama (biasanya 3 hingga 6 jam).

Gejala-gejala yang agak lewat berlaku:
  • Sumbatan hidung, mungkin bersama bersin yang berulang
  • Mata sensitif kepada cahaya.
  • Cepat marah
  • Kurang bertenaga
  • Kurang tidur
  • Bernafas melalui mulut kerana hidung tersumbat.
  • Berubah deria bau.
  • Batuk yang berulang.
  • Masalah-masalah pada sinus dan tiub Eustachian
  • Tekanan yang kuat di dalam telinga atau kurang pendengaran.
  • Sakit atau rasa tidak selesa pada muka.
  • Tanda atau tompok gelap dibawah mata ('allergic shiners').
  • Kerap menggosok hidung, yang boleh terbentuk lekukan pada batang hidung ('allergic crease').
  • Kerap menggosok hidung ke atas dengan tapak tangan untuk mengurangkan kegatalan dan membesarkan rongga hidung ('allergic salute'). Ini biasanya dilihat pada kanak-kanak.
Gejala alahan hidung biasanya berlaku seumur hidup tanpa mengira jenis-jenis gejala.


Komplikasi

Kebengkakkan dan radang yang berulang menyebabkan sumbatan saluran sinus dan tiub Eustachian tube. Ini menyebabkan :
  • Sinusitis
  • Pengumpulan cecair di telinga tengah

Rawatan

Elakkan diri dari 'allergen' sangat penting (Doktor boleh menjalankan Ujian Alahan secara “skin prick test’ atau ujian darah untuk mengenalpasti 'allergen')
Secara multidisiplin
  • Pakar penyakit-penyakit alahan
  • Pakar Imunologi
  • Pakar bedah telinga, hidung dan tekak
Ubat-ubatan yang boleh mengurangkan gejala alahan ialah :
  1. Antihistamin
    Antihistamin mengurangkan gejala-gejala alahan.
     
  2. Decongestants
    'Decongestant' dapat mengurangkan sumbatan hidung.
     
  3. Semburan hidung anti alahan
    Sodium chromoglycate nasal spray : untuk mengelakkan tindakbalas alergi
    Semburan hidung anti alahan seperti Cromolyn (Nasalcrom) boleh didapati tanpa preskripsi dan mengelakkan radangan dan mengurangkan gejala-gejala alahan hidung.
     
  4. Corticosteroids (semburan ke dalam hidung)
    'Corticosteroid' adalah berkesan untuk mengurangkan inflamasi.
     
  5. Rawatan alahan imunologi
    Rawatan alahan imunologi ialah sejenis rawatan untuk mengurangkan sensitif seseorang individu kepada 'allergen'. Ia melibatkan suntikan berkala 'allergen' yang seseorang individu itu alah.
    Ia melibatkan pemberian ekstrak 'allergen' dengan dos yang meningkat secara berkala, di beri secara injeksi atau tablet atau titisan di bawah lidah (sublingual)
Pencegahan

Mengelakkan daripada 'allergen'. Jika anda tidak pasti apa yang anda alah, anda mungkin perlu menjalani ujian alahan. Sila berjumpa pakar telinga hidung dan tekak yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular